Saturday, March 6, 2021

Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan



Definisi 

Kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. Piaget (1950) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. 

           Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).

 



Kepentingan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam PdP

1. Petunjuk kepada potensi murid.

2. Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya.

3. Membangun bidang bakat dan kebolehan kanak-kanak.

4. Menyokong pembelajaran bersepadu yang  menyeluruh selaras dengan keperluan kanak-kanak.

5. Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

 



Ciri-Ciri Setiap Kecerdasan Pelbagai

1.  Kecerdasan Verbal-Linguistik-

  • mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat.
  • suka kepada makna yang kompleks. 
  • mempunyai ingatan yang baik pada nama tempat, tarikh dan lirik.
  • suka pada permainan bahasa.
  • Contoh aktiviti: perbahasan, penulisan kreatif.

 

2. Kecerdasan Logik-Matematik-

  • boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah.
  • membuat menganalisis, mensintesis dan lain dengan cekap.
  • suka menggunakan komputer .
  • Contoh aktiviti: penggunaan simbol, penyelesaian masalah.

 

3.  Kecerdasan Visual-Ruang-

  • dapat mengenali objek, bentuk, warna dalam persekitaran.
  • dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta tiga dimensi.
  • Suka penuhkan ruang yang kosong pada kertas.
  • Contoh aktiviti: melukis, cipta gambaran mental.

 

4 Kecerdasan Kinestetik-

  • kebolehan menggunakan kseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
  • Mahir dalam bidang sukan , seni.
  • Contoh aktiviti: tarian, lakonan.

 

5.  Kecerdasan Muzik-

  • membolehkan seseorang mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. 
  • boleh bermain alat muzik.
  • faham not-not muzik.
  • Contoh aktiviti:persembahan muzik, nyanyian.

 

6.  Kecerdasan Intrapersonal-

  • memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. 
  • suka bersendirian.
  • memberi reaksi dan pendapat yang bernas pada sesuatu topik.
  • Contoh aktiviti: strategi pemikiran, disiplin diri.

 

7. Kecerdasan Interpesonal-

  • membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. 
  • mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.
  • pendengar yang baik.
  • suka bekerja dalam kumpulan.
  • Contoh aktiviti:komunikasi antara individu, memberi maklum balas.

 

8.  Kecerdasan Naturalis-

  • dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah.
  • suka menanam pokok.
  • Contoh aktiviti: menyusun dan menkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna.

 

9.  Kecerdasan Eksistensialis atau Spiritual-

  • memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya dan menimbulkan persoalan berkaitan hasil-hasil pemerhatiannya terhadap persekitarannya atau mengenai segala kewujudan manusia.
  • taat kepada ajaran agama masing-masing.
  • minat belajar hal-hal agama.

 

 

 Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai

  • Guru dapat mengenalpasti potensi yang ada pada murid itu, maka ia dapat membantu guru untuk memperkembangkan lagi  potensi yang ada pada pelajar.
  • Pelajar dapat mengukuhkan lagi kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.
  • Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara pengajaran, penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
  • Bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain.



Kesimpulan:

Oleh kerana kepelbagaian subjek pada masa kini yang menjadi suatu keperluan kepada setiap kanak-kanak untuk terus belajar dan meneroka, maka kepelbagaian usaha turut perlu bergerak seiringan dengan pengajaran tersebut. Guru sebagai tenaga pengajar harus peka dengan kebolehandan  potensi yang ada pada diri kanak-kanak agar dapat disesuaikan dengan pengajaran.

             Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik.

 





 πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—   TAMAT    πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—






Sumber:

https://www.academia.edu/10609507/Teori_kecerdasan_pelbagai

https://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/06/teori-kecerdasan-pelbagai.html

https://pintarsicilik.blogspot.com/2019/11/aplikasi-teori-kecerdasan-pelbagai.html







No comments:

Post a Comment