Saturday, March 6, 2021

Pembelajaran Berasaskan Inkuiri



Kaedah inkuiri merupakan proses yang aktif terlibat dalam pemikiran sains (scientific thinking), penyiasatan dan membina pengetahuan. Inkuiri secara amnya merujuk kepada suatu proses bertanyakan soalan, menyiasat dan melaksanakan strategi untuk menjawab persoalan mengumpul data, menganalisis dan mentafsir data itu, membuat kesimpulan dan mungkin persoalanpersoalan baru yang timbul kemudiannya. (Krajcik et al, 1998)


Terdapat 4 jenis inkuiri:

A. INKUIRI PENGESAHAN                

Murid mengesahkan prinsip atau konsep tertentu berdasarkan keputusan penyelidikan yang telak diselidik dahulu. 


 B. INKUIRI BERSTRUKTUR


Murid melakukan penyelidikan berdasarkan persoalan dan langkah-langkah yang telah ditentukan oleh guru.


C. INKUIRI TERBIMBING


Murid melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang disediakan oleh guru dan pemilihan langkah-langkah penerokaan ditentukan sendiri oleh murid. 



D. INKUIRI TERBUKA


Murid melakukan penyelidikan berdasarkan soalan dan langkah-langkah yang dibina dan ditentukan sendiri oleh mereka berdasarkan topik tertentu.




Model Pembelajaran 5E

Model Pembelajaran 5E merupakan model yang sering digunakan dalam melaksanakan Inkuiri. Model ini merupakan adaptasi model Biological Sciences Curricullum Study (BSCS) 5E Instructional Model [ New Designs for Elementary School Science and Health (BSCS,1989)]. 5E merujuk kepada lima fasa pembelajaran iaitu Pelibatan (Engagement), Penerokaan (Exploration), Penerangan (Explanation), Pengembangan (Elaboration), dan Penilaian (Evaluaton).









    Antara panduan untuk menjalankan pembelajaran ini ialah:

    • Guru sebagai model. Biasakan murid dengan guru sentiasa menggunakan kaedah mencari jawapan berdasarkan sumber.
    • Pilih masa yang bersesuaian untuk aktiviti dijalankan
    • Sediakan sumber yang mencukupi: buku, ensiklopedia, rujukan, internet, Chromebook dan sebagainya.
    • Pilih jenis aktiviti inkuiri yang bersesuaia dengan tahap murid.
    • Berikan panduan validasi maklumat dengan menyatakan sumber dan ruang pilihan sumber.
    • Kaedah pemerhatian yang telus untuk menilai proses dan hasil kerja murid.
    • Berikan ruang untuk murid mengambil risiko. Contohnya mencuba sesuatu kaedah carian yang sedikit berlainan dengan apa yang dijangkakan oleh guru.
    • Aktiviti dijalankan pada bahagian-bahagian topik yang bersesuaian.




    Pelaksanaan Inkuiri secara umumnya boleh dilakukan mengikut langkah-langkah yang berikut:

    1. Sebelum PdP

    • Mengenal pasti topik/isu/persoalan, jenis Inkuiri dan sumber maklumat yang boleh dijadikan bahan rujukan.
    • Menyesuaikan jenis Inkuiri dengan topik yang akan diajar.
    • Mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid.
    • Merancang masa yang diperlukan.
    • Menentukan alat bantu mengajar, setinduksi dan objektif serta hasil
    •  pembelajaran.
    • Mereka bentuk aktiviti Inkuiri dan merangka pentaksiran.

    2. Semasa PdP
    • Guru mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk membangkitkan rasa ingin tahu.
    • Melaksanakan aktiviti untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan produk.
    • Mengumpul dan merekod data/maklumat yang diperolehi.
    • Menganalisis dan mentafsir data/maklumat.
    • Berkongsi dapatan dalam pelbagai bentuk media dan berupaya membuat justifikasi tentang dapatan mereka.
    • Bersedia menerima pandangan dari orang lain terhadap dapatan yang diperolehi.
    • Berupaya mempertahankan idea dan dapatan masing-masing secara berhemah.
    • Membuat rumusan.
    • Menambah baik penyelidikan.
    • Melaksanakan pentaksiran secaran berterusan.

    3. Selepas PdP
    • Guru mentaksir hasil kerja penyelidikan dalam bentuk laporan, portfolio atau tugasan lain.



     Kesimpulan:

    Pembelajaran berasaskan inkuiri diperkenalkan pada tahun 1960-an sebagai tindak balas kepada bentuk pengajaran tradisional, di mana murid-murid dikehendaki menghafal maklumat daripada bahan pengajaran.Pembelajaran inkuiri menekankan idea pembelajaran konstruktivis dimana pengetahuan adalah dibina daripada pengalaman dan proses terutamanya yang berdasarkan pengalaman sosial. Pembelajaran ini berlaku dengan baik dalam situasi kumpulan.

               Sejak zaman Socrates lagi, soalan telah digunakan untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan jawapan. Bertanyakan soalan merupakan jantung pembelajaran berasaskan inkuiri. Matlamat guru bukan sesuka hati bertanyakan apa juga jenis soalan tetapi soalan-soalan yang secara jujurnya amat diperlukan jawapannya oleh murid, untuk mereka menghadapi dunia mereka pada ketika itu dan kemungkinan untuk masa hadapan yang terdekat.






    👐👐👐👐👐👐👐👐    TAMAT    👐👐👐👐👐👐👐👐👐


    Sumber:

    https://sajadstudio.info/paperwork/meta_terengganu.pdf

    http://mudahmengajar.blogspot.com/2017/11/pembelajaran-berasaskan-inkuiri-inquiry.html

    https://strategipdp18.wordpress.com/pembelajaran-berasaskan-inkuiri/

    https://www.slideshare.net/AiisyAfifah/fatwa-semasa-berkaitan-pemakanan?next_slideshow=1

     





    No comments:

    Post a Comment