Menurut Kamaruddin Hj.Husin (1990:112) projek ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan menggalakkan murid-murid mempelajari sesuatu melalui pengalaman-pengalaman konkrit.
Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney (1997), menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.
Zarina (2002) pula berpendapat bahawa strategi pembelajaran ialah langkah-langkah yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan, mengingat kembali dan penggunaan maklumat.
Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek:
- Boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
- Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
- Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
- Interaksi guru-murid perlu memberi bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
- Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
- Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, laporan hasil serta refleksi kendiri.
- Sesuai dengan murid dan kurikulum.
- Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.
- Menggunakan kaedah pengalaman "hands-on".
- Memberi pemahaman yang tinggi.
Mengikut Institut Pendidikan Buck (2008) kaedah mengajar pembelajaran Berasaskan Projek memerlukan murid :
- Terlibat dalam proses inkuiri secara berterusan yang berfokuskan soalan dan masalah yang kompleks dan sebenar;
- Bekerja tanpa mengharapkan guru dan mempunyai pilihan dan kebebasan untuk bersuara;
- Mempamerkan pemahaman yang mendalam dalam pengetahuan akademik dan kemahiran;
- Membina kemahiran abad ke-21 seperti bekerjasama, berfikir secara kritikal dan berkomunikasi; dan
- Mencipta artifak dan prestasi yang berkualiti tinggi yang boleh dipamerkan kepada masyarakat.
Jenis-jenis projek:
1. Projek hasil tangan
2. Projek kaji selidik
3. Projek penghasilan
4. Projek lawatan
5. Projek kegunaan
6. Projek pembelajaran khusus
Strategi Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek:
1. Pelajar membuat refleksi sepanjang pelaksanaan projek
2. Tugasan mengikut kurikulum
3. Tugasan mengikut kemampuan pelajar
4. Menentukan jadual kerja
5. Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
6. Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat
7. Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil
8. Bimbingan pemantauan guru sepanjang tempoh projek
9. Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek
Kelebihan:
- Membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan mendidik pelajar supaya berani dan yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah, pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah.
- Semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan.
- Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar.
- Minat pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk.
Kelemahan:
- Memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan.
- Mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan.
- Perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula melibatkan kos yang tinggi.
Kesimpulan:
memberi autonomi yang luas kepada pelajar untuk meneroka dunia sebenar dalam menimba ilmu pengetahuan. Kaedah ini juga dapat memberi kualiti pemerolehan ilmu yang tinggi bagi pelajar melalui penglibatan aktif pelajar. Strategi ini lebih menekankan kepada penglibatan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, maka suasana pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan baik mampu diwujudkan berbanding menggunakan cara pengajaran seperti biasa.